Program Bina Semangat Cabaran Gunung Kinabalu MDKerian 2013
Sesi latihan pertama untuk Program Bina Semangat Cabaran Gunung Kinabalu MDKerian 2013 telah diadakan pada 10 September 2012. Aktiviti latihan fizikal ini perlu diadakan sebagai persediaan untuk menjayakan program ini yang dijangka di laksanakan pada JUN 2013. Seramai 22 orang peserta mengambil bahagian dalam program ini. Bagi memastikan kejayaan bagi misi cabaran ini, program-program latihan telah disusun untuk memastikan para peserta bersedia dari segi mental dan fizikal.