Rabu, Januari 23, 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB SUKAN MAJLIS DAERAH KERIAN KE BEIJING,CHINA JAN 2013


   - Beijing, CHINA - 23 Januari 2013–29Januari 2013. Walaupun diselimuti kedinginan pada suhu di bawah  paras beku –6Darjah Celsius. Satu pengalaman yang mengujakan dan sukar dilupakan apabila lebih 28 orang peserta yang  mengikuti rombongan anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Ke Beijing, China selamat menjejakkan kaki di bumi  China.

      Tibanya di sini kira-kira jam 1.00 pagi waktu Beijing, kami ditempatkan terus di hotel  penginapan. Perjalanan dari hotel ke hotel penginapan memakan masa 2 jam. Kami sampai di hotel kira-kira jam 3.00 pagi waktu Beijing.
       Pada permulaannya, rombongan  kami  agak kurang  selesa  kerana suhu terlalu sejuk di bawah  paras  beku, tapi suhu kembali normal bila berada di  dalam bas dan juga hotel, kerana kemudahan ‘ heater’ / pemanas  disediakan. Walaupun kebanyakan warganegara China yang bekerja di hotel ini  kurang fasih berbahasa Inggeris, tetapi kami selesa terhadap layanan dan kemudahan  yang disediakan.

     Perjalanan di Kota Beijing  bermula pada pagi tersebut dan berlangsung selama seminggu ke tempat – tempat menarik  sekitar Beijing seperti Forbidden City, Summer Palace, Pusat Herba Dan Aromaterapi, Tembok Besar China, Tea House, Gedung Sutera, Pusat Mutiara, dan Pusat Perubatan China.  

' Tembok  Besar  China '


' Forbidden City '
Di Hadapan Hotel Penginapan
Penerangan  awal  Lawatan dari  Pemandu Pelancong Berbangsa Cina. Penerangan Di dalam Bahasa Indonesia
Bergambar Kenangan Di  Lapangan Terbang   Beijing , China

Tempat lawatan kami pada hari pertama ialah di Summer Palace. Tempat yang lapang dan membeku serta suhu di bawah paras beku menyukarkan perjalanan kami. Kehadiran kami disambut dengan angin kencang yang agak kuat. Mungkin kerana kawasan ini lapang dan tasik membeku menjadi ais  serta  angin kuat yang bertiup menyebabkan suhunya menjadi teramat sejuk . Walaupun begitu, kami tetap mengambil peluang untuk berjalan-jalan di  tengah-tengah tasik yang membeku dan ini merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan.


' Lawatan  pertama  kami  di  Summer  Palace ' Cuaca sangat  sejuk dan  angin  bertiup  kencang


Street ( Jalan Raya Di hadapan Masjid )
Masjid Tian An Men

Bagi muslim yang ingin bersolat, tiada masalah kerana di Beijing ini terdapat banyak masjid. Masjid pertama yang menjadi tempat persinggahan kami untuk bersolat ialah Masjid Tian  An  Men.Masjid ini mempunyai senibina dan rekabentuk yang memaparkan kebudayaan masyarakat China dan merupakan masjid tertua di kota ini. Namun begitu, untuk menunaikan solat, kami juga mengunjungi masjid-masjid yang lain yang juga mempunyai rekabentuk menarik dan terletak berhampiran dengan tempat lawatan kami.

Gambar di 'Pintu Masuk Masjid Nan Dou Ya'. Gambar di  atas adalah Imam Masjid
Pertunjukan  Akrobatik ' Menggunakan Tali '
Rombongan kami ke sini diserikan lagi dengan PertunjukanAkrobatik selama lebih kurang  satu  jam daripada aksi-aksi  warga Cina yang sangat komited dan berani. Persembahan  yang  pelbagai warna dan juga aksi-aksi yang suspen dan menggerunkan menjadikan persembahan ini bertambah menarik.

Pertunjukan akrobatik ini agak istimewa dimana  lima   penunggang  motosikal  menunggang  motosikal berkelajuan  tinggi di dalam satu bebola gergasi. (5 Bintang)
Bergambar berlatar belakangkan ' Nest Bird Stadium' ( Stadium Sarang Burung )
Stadium  Sarang  Burung ' Bird Nest  Stadium '
Muzium -  Kilauan  lampunya sangat  menarik pada waktu  malam

Di  Hadapan Hotel Penginapan

At The Street Di hadapan  Hotel Penginapan
Di  Gedung  Sutera China - Harga Sutera Tulen di sini agak mahal
Makan Tengahari Di Restoran Muslim Berhampiran Tembok Besar China
Bergambar Di  Kaki  Tembok  Besar China - Salah Satu daripada 7 Tempat Bersejarah Di Dunia

Kami sangat teruja untuk menaiki dan menikmati pemandangan dan keadaan sebenar di Tembok Besar China yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban yang ada di dunia. Keadaan di sini yang bergunung – ganang, serta sedikit bersalji dan suhu di bawah paras beku ( -6Darjah Celcius ) menyukarkan pendakian kami untuk ke puncak.




Perjalanan menuju ke puncak dalam suhu yang sangat sejuk -6 darjah Celcius , Sempat  juga  bergambar ( bukan senang nak naik setinggi nie , kebas satu kaki )



' We Are The Winners ' - Kami telah Berjaya Sampai Ke ' PUNCAK ' Tertingggi di Tembok Besar China 

Namun kerana kesungguhan, syukur alhamdulillah, lima orang daripada kami termasuk saya sebagai satu-satunya wakil dari Majlis Daerah Kerian telah berjaya sampai kepuncak tertinggi Tembok Besar China tersebut. Pendakian bertangga menuju kepuncak ini merupakan pengalaman manis bagi kami berlima kerana  dalam suhu yang sejuk luar biasa disusuli oleh tangga yang bercerun tajam dan sangat berbahaya, kami tetap berjaya menghalanginya. Di puncak ini, terdapat  satu bendera berwarna merah menunjukkan ‘ The Winner’ bagi mereka yang telah Berjaya sampai ke puncak tembok bersejarah di dunia itu  dan kami berlima juga telah mendapat sijil kerana telah Berjaya sampai ke situ.
Sampai Di Salah  Satu  Stesen 
Meniti Tangga Batu Di Tembok Besar China
Apartment di Kawasan Elit
Salah Satu  Bangunan  Berbentuk Menara  Masjid Yang Menarik Perhatian Saya
Koleksi Tembikar  Cina
Koleksi Tembikar Cina
Bergambar di jalan sebelum makan di Restoran Muslim
Street  dan Rumah Kedai  Di Hadapan masjid


Bergambar di  hadapan Tugu Peringatan Sebelum masuk ke ' Forbidden City '

Urutan Kaki  Percuma  dan  Rawatan Herba  dari ' Tabib'  yang menjalankan  'Rawatan  Dalaman'  melalui kaedah  KUNG-FU China
Jalan - Jalan
Bergambar Di hadapan ' Forbidden City '
Perjalanan Merentasi  Tujuh  Penginapan Diraja Di ' Forbidden City '
Makan Tengahari Di Restoran Muslim
Makanan China-Muslim yang dihidangkan  sangat sedap dan berkhasiat


           Sebarang  percutian tidak akan  lengkap jika tidak mempunyai aktiviti membeli-belah. Di Kota Beijing ini, kami diberi kebebasan untuk  shopping  sendiri di tempat – tempat menarik di sekitar Kota Beijing seperti di Pearl Centre (Pasaraya Mutiara Air Tawar), Pasaraya Yashow ( membeli barangan kulit ), Pasaraya Hoqnqiau.


 Pengalaman sepanjang berkunjung ke tempat-tempat ini untuk membeli-belah, kebanyakan  barangan  yang berjenama dan  mempunyai rekabentuk menarik  dijual pada harga yang  sangat berpatutan dan  bagi yang  bijak menawar, harga daripada ratusan ringgit boleh ditawar ke puluhan ringgit sahaja malah ada yang lebih rendah daripada itu.



Kesimpulannya, Rombongan Kelab Sukan Dan Kebajikan ke Bandaraya Beijing, di Negara China ini sangat menyeronokkan.Selain menikmati kepelbagaian  budaya masyarakatnya,  bangunan dan persekitaran yang menarik,  rombongan  kami juga disediakan makanan yang enak-enak,kemudahan yang baik-baik, keramahan dan layanan mesra yang telah diberikan menyebabkan ada di antara kami yang teruja untuk ke sana lagi. Sekian, terimakasih.


Bergambar di hadapan Hotel Penginapan sebelum pulang ke Malaysia



Pages