Ahad, Februari 24, 2013

KEJOHANAN CATUR, DART DAN KAROM MAKSAK MALAYSIA 2012






Muhammad Izudin b. Ismail dari Majlis Daerah Kerian telah terpilih mewakili pasukan dart MAKSAK Negeri Perak ke Kejohanan Catur, Dart dan Karom MAKSAK Malaysia Tahun 2012 yang telah diadakan pada 28-30 September 2012 bertempat di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.

Pada kejohanan tersebut, pasukan dart lelaki Negeri Perak telah diundi dalam kumpulan D bersama-sama pasukan Negeri Terengganu, W.P. Labuan dan Penjara Malaysia.  Pasukan Perak telah tewas kepada pasukan Terengganu (5-6), W.P. Labuan (5-6) dan menewaskan pasukan Penjara Malaysia (6-5).  Pasukan Negeri Selangor telah menjadi juara dengan mengalahkan pasukan W.P Kuala Lumpur.  Manakala pasukan karom wanita Negeri Perak telah menjadi juara dengan mengalahkan pasukan Negeri Selangor.

KEJOHANAN DART SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN SE-MALAYSIA 2012








Sebanyak 20 pasukan dart PBT seluruh Malaysia telah menyertai kejohanan Dart Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Se-Malaysia 2012 yang diadakan pada 29 Jun - 1 Julai 2012 di USM Pulau Pinang.  Pasukan dart Majlis Daerah Kerian diwakili oleh Muhammad Izudin b. Ismail, Zainurul Hisham b. Zainal Abidin, Sulaiman b. Mohamed, Md Saad b. Ahmad, Sheik Halim b. Samsudin, Normezura bt Mehat dan Rohaima bt Abd. Rashid.  Majlis Daerah Kerian telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama pasukan MBI, MPSP(B), MPAJ dan MP Sepang (A). Pasukan MDK menduduki tempat ke-2 di peringkat kumpulan, menewaskan pasukan MBI-(6-5), MPSP(B)-(7-3), MPS(A)-(6-2) dan tewas kepada pasukan MPAJ-(1-9). Majlis Daerah Kerian layak ke peringkat suku akhir bertemu pasukan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan telah tewas (3-0).

Sejarah KSK_2012


















Pages