Khamis, September 20, 2012

Seminar Kesedaran Harta Intelek (Peringkat Zon Utara)



Dua orang peserta telah menghadiri Seminar Kesedaran Harta Intelek (Peringkat Zon Utara) pada 20 September 2012 di Hotel Park Avenue, Sungai Petani.  Peserta berkenaan ialah Pn. Noraziah bt Zainol Abidin (Setiausaha) dan En. Zainurul Hisham b. Zainal Abidin (Pengerusi Biro Ekonomi & Pelaburan).  Kehadiran peserta ke seminar ini adalah bagi mengetahui dengan lebih lanjut kepentingan paten, cap dagangan, rekabentuk perindustrian, petunjuk geografi dan hak cipta selain didedahkan mengenai peranan KPDNKK dalam penguatkuasaan undang-undang berkaitan pelanggaran hak harta intelek di Malaysia.  Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Abdul Manan Ismail, Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Pages