Jumaat, November 09, 2012

BERSANTAI BERSAMA KELUARGA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS DAERAHKERIAN KE UNIVERSAL STUDIO, SINGAPORE

     UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE -09 November 2012–11 November 2012. Semangat  yang berkobar-kobar untuk menikmati dan merasai keseronokan yang hanya didengar menerusi media selama ini menjadi kenyataan apabila satu  sesi riadah  bersama keluarga ahli Kelab Sukan dan Kebajikan di Universal Studio Singapore. Lawatan ini bertujuan memupuk sillaturrahim di kalangan ahli kelab dan keluarga  masing – masing.


        Perjalanan ke sana bermula jam 9.00malam.Setibanya di Johor Bahru, kami bersarapan dan solat subuh di R&R berhampiran. Kami melewati Imigresen Singapura sekitar jam 9.00 pagi dan terus mengorak langkah ke Universal Studio Singapura. Di sini kami mengambil masa satu hari menikmati semua permainan yang ada di sini. Hajat di hati ingin ke Pulau Sentosa namun oleh kerana kesuntukan masa, kami hanya menikmati permainan di Universal Studio tersebut dan bergembira dengannya.

Berehat  sebentar setelah penat  berjalan
Perjalanan menuju  ke Universal Studio Singapore
Di dalam bas  sebelum masuk ke Universal Studio Singapore

Berehat sambil menunggu rakan-rakan yang lain


Menukar  wang Singapura
Berehat  Sebentar
Bersantai  sebentar setelah  penat  berjalan
Bergambar di hadapan Transformer  Muzium
Time for ' Bread '
Eskalator  masuk  ke  Universal  Studio
Taman Tema ' Jurrasic  Park'
Jalan - jalan
Berhenti  makan  di  R & R
Pintu Masuk  Utama
Ruang  Legar
Perarakan  Kereta  Berhias


      Sepanjang di Universal Studio kami dan keluarga ahli-ahli kelab merasa sangat seronok dan teruja menikmati permainan-permainan hebat dengan teknologi terkini. Persembahan 3D dan 4D movie yang sangat kreatif dan menyeronokkan, persembahan  pembikinan wayang  gambar seolah-olah kami turut berlakon di dalam movie tersebut dengan kesan bunyi yang sangat berkesan. Keinginan menaiki kapal angkasa di ‘ Transformer’, sangat mendebarkan dengan kesan bunyi dan effect 3D yang sangat berkesan. Pengalaman menaiki  Cruise (kapal) di ‘Madagascar’ seperti kami disambut  mesra oleh  haiwan-haiwan tersebut dan bergembira dengan kehadiran kami sekeluarga. Permainan kapal air di lost world begitu menyeronokkan seperti kami benar-benar berada di kawasan juram air yang sangat laju dan tajam. Begitulahkenangan yang istimewa yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di Universal Studio ini.

               Setelah penat bermain, kami meluangkansedikit masa membeli cenderamata di kedai cenderamata untuk kenangan diri sendiri dan juga sebagai hadiah untuk diberikan kepada keluarga dan teman-teman di Malaysia sebagai  kenang-kenangan .Harganya tidaklah terlalu mahal dan agak berpatutan. Kami dijemput bas pelancong ke hotel penginapan yang terletak di Johor Bahru dan sebelum melelapkan mata setelah penat bermain tadi, kami sempat makan malam di sekitar kawasan  Johor Bahru.

Perarakan Kereta Berhias
' Cafe ; di luar  Taman Tema ' Madagascar'
Di  hadapan  Taman  Mini ' Madagascar'
Pintu Masuk Ke Studio Transformer
Pemandangan waktu malam di USS Singapore
Pemandangan waktu malam di USS Singapore
Bergambar di Kiosk Pop Corn
Bergambar di  Madagascar


             Keesokan  harinya, selepas sarapan pagi di hotel penginapan, kami segera ke Johor Shopping Outlet untuk membeli–belah. Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, selepas membeli-belah di sini, kami terus bertolak pulang ke Majlis Daerah Kerian  dan  sampai  sekitar jam 9.00 malam .



        Kesimpulannya, lawatan sambil beriadah bersama keluarga ahli Kelab dan Kebajikan ke Universal Studio Singapore ini sangat menyeronokkan kerana  di sini banyak yang dapat dipelajari seperti teknologi-teknologi baru  dan  terkini terutamanya dari segi kesan khas untuk sesuatu  permainan di  sebuah taman tema untuk  hiburan seisi  keluarga.



Pages