Ahad, Februari 24, 2013

KEJOHANAN DART SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN SE-MALAYSIA 2012








Sebanyak 20 pasukan dart PBT seluruh Malaysia telah menyertai kejohanan Dart Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Se-Malaysia 2012 yang diadakan pada 29 Jun - 1 Julai 2012 di USM Pulau Pinang.  Pasukan dart Majlis Daerah Kerian diwakili oleh Muhammad Izudin b. Ismail, Zainurul Hisham b. Zainal Abidin, Sulaiman b. Mohamed, Md Saad b. Ahmad, Sheik Halim b. Samsudin, Normezura bt Mehat dan Rohaima bt Abd. Rashid.  Majlis Daerah Kerian telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama pasukan MBI, MPSP(B), MPAJ dan MP Sepang (A). Pasukan MDK menduduki tempat ke-2 di peringkat kumpulan, menewaskan pasukan MBI-(6-5), MPSP(B)-(7-3), MPS(A)-(6-2) dan tewas kepada pasukan MPAJ-(1-9). Majlis Daerah Kerian layak ke peringkat suku akhir bertemu pasukan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan telah tewas (3-0).

Pages