Khamis, Ogos 16, 2012

Bubur Lambuk 2012


Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Kerian telah menjayakan Program Ramadan - Penyediaan Bubur Lambuk 2012 pada 16 Ogos 2012 bertempat di Bahagian Perkhidmatan Bandar cawangan Parit Buntar.  Seramai 19 orang petugas telah terlibat menyediakan bubur lambuk sebanyak 2 buah kawah bermula 8.00 pg - 12.00 tgh.  Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian telah berbesar hati merasmikan program tersebut yang turut disaksikan oleh Ketua Bahagian MDK dan pengurusan induk Kelab Sukan dan Kebajikan MDK. Bubur lambuk ini kemudiaannya diagihkan kepada semua staf Majlis Daerah Kerian.

Pages