Pengedaran buah tamar (kurma) sempena bulan Ramadan yang menjadi amalan KSK MDK
untuk diedarkan kepada ahli diteruskan pada tahun ini. Setiap ahli
mendapat kurma madu YUTA 650g (sekotak) dan turut dapat merasai
kemanisan kurma ajmal yang dihidangkan semasa program berbuka puasa
MDK. Walaupun nilainya tidak seberapa, namun pengedaran kurma ini dapat
mengimarakkan lagi kemeriahan berpuasa dan memberi tenaga tambahan
kepada mereka yang menikmatinya semasa berpuasa.