Ahad, Februari 17, 2013

SESI LATIHAN PROGRAM CABARAN KINABALU MDKERIAN 2013 - DAKIAN MAXWELL, TAIPING.

Taiping - 17 Feb 2013 - Latihan ke 12 bagi Program Bina Semangat Cabaran Gunung Kinabalu MDKerian 2013 telah diadakan di Bukit Larut, Taiping, Perak atau juga dikenali sebagai Bukit Maxwell.Bukit Larut merupakan kawasan rekreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut  mengambil masa selama hampir 3 jam melalui  72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.





          Seramai 11 orang menyertai latihan kali ini, bertolak dari Wisma MDK pada jam 7.25 pagi dan tiba di kaki Bukit Larut 45 minit kemudian. Dakian bermula pada jam 9:00 pagi selepas sesi taklimat serta warming up dilakukan.




           Setelah mendaki selama 1:30 minit sejauh 6.5 km, para peserta tiba di check point pertama iaitu Tea Garden pada ketinggian 649 meter dpl untuk berhenti rehat setelah melalui cabaran mendaki.

KEMUNCAK DAKIAN
           

    Perjalanan diteruskan bagi mencapai matlamat pendakian. Pada jam 12.30 tengahari semua peserta berjaya ke check point terakhir setelah menamatkan pendakian sejauh 12 km pada ketinggian 1056 meter dpl yang mengambil masa 2 jam 30 minit.



      Tepat jam 1.00 petang para peserta bergerak turun ke kaki bukit dan pada jam 3.30 petang semua peserta selamat tiba di kaki bukit bagi menamatkan latihan pendakian ini. Latihan pendakian di Bukit Larut memberi pengalaman yang berbeza dari tempat-tempat sebelum ini. Kekuatan mental dan fizikal amat teruji walaupun jalan tar menjadi laluan pada kali ini. Latihan kali ini amat mencabar adalah kerana ketinggiannya dan fizikal laluan yang sentiasa meninggi.

KLIK DISINI UNTUK MELIHAT LEBIH GAMBAR AKTIVITI

Pages