SELAMA, PERAK. 8 Februari 2013 JUMAAT Bagi persiapan untuk menghadapi Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Negeri Perak bagi tahun 2013, Biro Sukan telah mengaturkan satu perlawanan persahabatan bersama MDSelama yang telah berlangsung di Selama, Perak.
Sukan yang dipertandingkan ialah Sukan Dart, Karom dan Badminton. Perlawanan ini bertujuan sebagai latihan dan persediaan ke Temasya Sukan KT Perak serta dapat menjalinkan hubungan erat antara dua PBT Perak. Pasukan MDKerian telah disambut meriah oleh Pasukan MDSelama serta layanan yang istimewa telah diberikan.
Seperti yang telah dirancang, perlawanan bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 7 malam. MDKerian telah memenangi ketiga-tiga perlawanan tersebut walau bagaimanapun MDSelama telah memberi saingan hebat sebagai tuan rumah.
UNTUK MELIHAT LEBIH GANBAR AKTIVITI
SILA KLIK DISINI