UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE -09 November 2012–11 November 2012. Semangat yang berkobar-kobar untuk menikmati dan merasai keseronokan yang hanya didengar menerusi media selama ini menjadi kenyataan apabila satu sesi riadah bersama keluarga ahli Kelab Sukan dan Kebajikan di Universal Studio Singapore. Lawatan ini bertujuan memupuk sillaturrahim di kalangan ahli kelab dan keluarga masing – masing.
Perjalanan ke sana bermula jam 9.00malam.Setibanya di Johor Bahru, kami bersarapan dan solat subuh di R&R berhampiran. Kami melewati Imigresen Singapura sekitar jam 9.00 pagi dan terus mengorak langkah ke Universal Studio Singapura. Di sini kami mengambil masa satu hari menikmati semua permainan yang ada di sini. Hajat di hati ingin ke Pulau Sentosa namun oleh kerana kesuntukan masa, kami hanya menikmati permainan di Universal Studio tersebut dan bergembira dengannya.
|
Berehat sebentar setelah penat berjalan |
|
|
Perjalanan menuju ke Universal Studio Singapore |
|
Di dalam bas sebelum masuk ke Universal Studio Singapore |
|
Berehat sambil menunggu rakan-rakan yang lain
|
Menukar wang Singapura |
|
|
Berehat Sebentar |
|
Bersantai sebentar setelah penat berjalan |
|
Bergambar di hadapan Transformer Muzium |
|
Time for ' Bread ' |
|
Eskalator masuk ke Universal Studio |
|
Taman Tema ' Jurrasic Park' |
|
Jalan - jalan |
|
Berhenti makan di R & R |
|
Pintu Masuk Utama |
|
Ruang Legar |
|
Perarakan Kereta Berhias |
Sepanjang di Universal Studio kami dan keluarga ahli-ahli kelab merasa sangat seronok dan teruja menikmati permainan-permainan hebat dengan teknologi terkini. Persembahan 3D dan 4D movie yang sangat kreatif dan menyeronokkan, persembahan pembikinan wayang gambar seolah-olah kami turut berlakon di dalam movie tersebut dengan kesan bunyi yang sangat berkesan. Keinginan menaiki kapal angkasa di ‘ Transformer’, sangat mendebarkan dengan kesan bunyi dan effect 3D yang sangat berkesan. Pengalaman menaiki Cruise (kapal) di ‘Madagascar’ seperti kami disambut mesra oleh haiwan-haiwan tersebut dan bergembira dengan kehadiran kami sekeluarga. Permainan kapal air di lost world begitu menyeronokkan seperti kami benar-benar berada di kawasan juram air yang sangat laju dan tajam. Begitulahkenangan yang istimewa yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di Universal Studio ini.
Setelah penat bermain, kami meluangkansedikit masa membeli cenderamata di kedai cenderamata untuk kenangan diri sendiri dan juga sebagai hadiah untuk diberikan kepada keluarga dan teman-teman di Malaysia sebagai kenang-kenangan .Harganya tidaklah terlalu mahal dan agak berpatutan. Kami dijemput bas pelancong ke hotel penginapan yang terletak di Johor Bahru dan sebelum melelapkan mata setelah penat bermain tadi, kami sempat makan malam di sekitar kawasan Johor Bahru.
|
Perarakan Kereta Berhias |
|
' Cafe ; di luar Taman Tema ' Madagascar' |
|
Di hadapan Taman Mini ' Madagascar' |
|
Pintu Masuk Ke Studio Transformer |
|
Pemandangan waktu malam di USS Singapore |
|
Pemandangan waktu malam di USS Singapore |
|
Bergambar di Kiosk Pop Corn |
|
Bergambar di Madagascar
Keesokan harinya, selepas sarapan pagi di hotel penginapan, kami segera ke Johor Shopping Outlet untuk membeli–belah. Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, selepas membeli-belah di sini, kami terus bertolak pulang ke Majlis Daerah Kerian dan sampai sekitar jam 9.00 malam .
Kesimpulannya, lawatan sambil beriadah bersama keluarga ahli Kelab dan Kebajikan ke Universal Studio Singapore ini sangat menyeronokkan kerana di sini banyak yang dapat dipelajari seperti teknologi-teknologi baru dan terkini terutamanya dari segi kesan khas untuk sesuatu permainan di sebuah taman tema untuk hiburan seisi keluarga.
|