Lebih 80 orang yang terdiri daripada ahli kelab dan keluarga telah mengikuti rombongan ke Melaka pada 3-4 November 2012. Rombongan dua buah bas ini dengan misi Santai Sambil Belajar mendapat maklum balas yang baik dari semua peserta. Rombongan ini diketuai oleh Pn. Noraziah bt Zainol Abidin (Setiausaha Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Kerian) dan dibantu oleh AJK yang lain iaitu En. Abdul Hamid b. Abdullah (bas pertama), En. Muhammad Izudin b. Ismail dan Pn. Norsarinah bt Abu Seman (bas kedua).
Program bermula pada 2 November 2012 (Jumaat) apabila semua peserta berkumpul di Perkarangan MDK mulai jam 9.30 malam. Kelewatan bas yang dijadualkan pada jam 10.00 malam dan hanya tiba pada jam 10.50 malam dan 11.00 malam, menggusarkan peserta rombongan. Selain itu keadaan tempat duduk bas yang mengalami sedikit kerosakan menyebabkan ketidakselesaan kepada sebilangan peserta. Namun perjalanan rombongan ini mengikut jadual yang ditetapkan. Sebuah bas memulakan perjalanan ke Tol Ayer Keroh melalui Tol Bandar Baharu, Kedah manakala sebuah bas lagi ke Pekan Kuala Kurau bagi mengambil sebilangan lagi peserta di sana. Bas tiba di R&R Ayer Keroh jam 5.50 pagi. Selepas bersolat Subuh, mandi dan sarapan pagi, perjalanan diteruskan pada jam 8.30 pagi ke Masjid Peringgit dengan melalui Tol Ayer Keroh. Alhamdulillah, cuaca pada pagi ini agak baik dan rombongan tiba di Masjid Peringgit lebih kurang jam 9.00 pagi. Setelah mengambil gambar dan ada antara peserta yang mengambil kesempatan solat sunat, perjalanan diteruskan ke Perigi Hang Li Poh. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Banda Hilir. Antara tempat yang dilawati ialah Muzium Samudera, Muzium Kastam, Flor de La Mar, Menara Taming Sari, A Famosa, Bukit St Paul, Bangunan Stadthuys, Istana Kesultanan Melaka, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Masjid Selat, Masjid Tengkera, Rumah Tradisional di Kg Morten, Makam Hang Tuah, Jonker Walk (Jonker Street) Makam Hang Kasturi, Makam Hang Jebat, Perigi Hang Tuah. Peserta turut mengambil kesempatan menyusuri sungai (River Cruise), menaiki beca melalui hadapan Muzium Setem, Muzium UMNO, Muzium Belia dan Kolam Renang MBMB, replika kapal terbang dan keretapi dan membelah belah di Dataran Pahlawan.
Hotel Harbour Inn, Melaka |
Perjalanan rombongan ini berakhir di Masjid Al-Azim pada jam 4.30 petang dan tiba di Parit Buntar jam kedua-dua bas tiba jam 12.50 tengah malam dan 1.00 pagi (5 November 2012).
Selaku urus setia rombongan, kemaafan jua dipohon sekiranya ada kekurangan di sepanjang perjalanan rombongan ini.......