Isnin, Oktober 29, 2012

Majlis Korban 2012

Majlis Korban 2012 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Kerian yang diadakan pada 29 Oktober 2012 berlangsung dengan meriah.  Program yang diadakan saban tahun ini dihadiri oleh Orang Besar Jajahan Kerian, Y.D.H. Toh Muda OKK Laksamana Raja Mahkota Dato' Haji Meor Redwan b. Mahayudin, Penyelaras DUN Titi Serong, Y.Bhg. En. Abu Bakar b. Mat Ali, Ahli Majlis dan anggota kerja Majlis Daerah Kerian.  Konsep gotong royong ditekankan dalam program ini bagi mengeratkan silaturahim sesama mereka yang hadir.  Dua ekor lembu telah dikorbankan, seekor lembu telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri dan seekor lagi disumbangkan oleh Ahli Majlis Datuk Wira Hj. Jamaludin b. Abd. Rahim.  Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Kerian merakamkan terima kasih kepada penyumbang.




Pages