Pada 20 Oktober 2012 KSK MDK telah menerima permohonan bagi membantu satu pasukan pelajar jurusan Pelancongan dari UITM untuk menjadi penunjuk arah pendakian Gunung Semanggol. En. Rosmizan dan En. Mohd Azian telah dipertanggungjawab bagi mengiringi 24 orang peserta dan seorang pensyarah.
Pendakian bermula jam 9.00 pagi dengan peserta berjalan kaki dari Masjid Gunung Semanggol sejauh 2.5 km ke kaki gunung. Setelah 2 jam 30 minit puncak gunung setinggi lebih 400 meter dari aras laut berjaya ditawan.
Tepat jam 12.00 tengahari peserta mengambil keputusan untuk turun ke kaki gunung. Panas terik tidak memberi ruang kepada peserta untuk berada lebih lama lagi di puncak. Selesai sahaja bergambar, semua peserta turun ke kaki gunung dan tiba dengan selamat pada jam 1.30 petang.
Wakil MDKerian & KSK menyampaikan cenderamata merupakan produk pelancongan Daerah Kerian kepada Pensyarah & Wakil Pelajar UITM Shah Alam |
Menerima cenderamata dari wakil UITM |
UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR SILA KLIK DISINI